Monday, August 20, 2007

AKHIRNYA..

AKHIRNYA..
Setelah berminggu-minggu berhempas pulas dengan kerja ofis yg datelinenya akhir bulan ini(ogos 2007) dan training ragbi utk menyertai kejohanan bertaraf 5 bintang, akhirnya aku mampu menarik nafas lega. Bukan kerana kerja ofisku habis ku siapkan dan bukan kerana aku menang game ragbi yg aku sertai tp kerana aku ingin relaks. Kehidupanku menjadi serabut kerana mind set aku serabut + sikap malas yg begitu sebati dgn org melayu. Ada banyak topic yg aku ingin perkatakan sebenarnya tetapi yg paling menarik hati aku ialah topic "namewee dgn negarakuku" nya. Aku sempat melihat videoklip nya yg disertakan dgn subtitle bahasa melayu sekali di youtube ttp lepas tu tah mana tah videoclip tu. Puas aku cr x jumpa2.huh..
Berbalik kepada namewee ni,pada pandangan aku, lagu negarakuku itu terhasil dr perasaan yg dihimpit. Terhimpit dengan ketidakadilan sistem dan kekurangan support, ditambah darah muda yg panas membuak2, lantas menjadikan seorang manusia itu menyalurkannya ke satu medium utk menyatakan pendapatnya secara bebas dgn menggunakan laman web(youtube) sebagai salurannya.
Seperti yg semua sedia maklum, golongan bukan bumiputra seperti cina dan India di negara ini mmg kurang mendapat keistimewaan dibandingkan dgn golongan bumiputra. Adakah anda sedar apakah punca berlakunya ketidaksamaan ini?.Bila ditanya apa puncanya? Aku berani jamin x ramai yg tahu kenapa,bila dan bagaimana? Setuju?
Pada aku ini semua berpunca dr sistem yg kita gunakan sejak dulu lagi,dan yg aku ingin perkatakan adalah mengenai sistem pendidikan,lebih spesifik lg iaitu buku teks sejarah(dasar pendidikan negara) yg menjadi sumber utama golongan rakyat marhaen memahami latarbelakang negara ini. Banyak kepincangan dan kekurangan yg aku perhatikan dr sistem buku teks ini dan ditambah dgn undang2 yg menyekat, nmpknya kita semua tidak akan tahu kisah2 wira lain yg menyumbang kepada kemerdekaan negara kita seperti Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam, kecuali yg diceritakan melalui buku teks sejarah itu sahaje..Ditambah kekurangan inisiatif mendapatkan bahan bacaan yg lain kenara minat membaca yg kurang, semakin sempit la ruang utk mendapatkan "another side" sesuatu peristiwa itu.
Contoh yg paling ketara pada aku ialah peristiwa 13 mei. Jika ditanya, apa yg kamu tahu tentang peristiwa 13 mei?, aku yakin ramai org akan bercerita mengikut tafsiran dan pemahaman PM kita yg pertama iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman sahaja. Itu pun pasal beliau menulis buku tentang peristiwa 13 mei tu dan buku tu tak kena gam. Kalo x haprak satu pn org malaysia ni tak tau peristiwa 13 mei tu apa. Apa sebenarnya peristiwa itu, puncanya, tempatnya, kronologinya dan yg paling penting sumbangannye yg menjadikan Malaysia ini Malaysia, sekarang. Bila kita tanya org tua2 pulak diorg asyik dok cerita apa yg diorg dengar,nmpk dan faham je. Sangat tidak membantu. Bila cakap pasal 13 Mei je mula la timbul rasa waswas "eh,boleh ke aku nk cerita benda ni". telahanku dulu2.
Lantas aku menjadi sangat ingin tahu tentang peristiwa 13 Mei ini dr perspektif yg lain. Jika difikirkan dgn logik, aku sedikit musykil tentang kronologi peristiwa ini seperti yg ditulis oleh bapa kemerdekaan kita itu. Bukan aku nk persoalkan kredibiliti beliau tp aku merasa masih kurang jelas dgn peristiwa yg menjadi titik tolak kepada NEGARA MALAYSIA kita ini, hari ini.
Tanpa ku sedari pabila aku masuk ke toko buku MPH minggu lalu, aku terserempak dgn senaskah buku yg bertajuk "MAY 13 : declassified documents on the malaysian riot of 1969" karya Dr Kua Kia Soong. Seperti sedang mengantuk di sarungkan bantal aku terus membeli buku tersebut tanpa menoleh kebelakang lg.heh..tp aku x sempat nk abihkan pembacaan ku lagi disebabkan otak aku yg serabut ini menyerabutkan lg kehidupanku. Aku nk baca buku ni dulu, nanti aku ulas dari sudut pemahaman aku ye..


*Heh..ni lg satu penyakit org melayu. Kuat bg alasan..ada je alasan nk menipu org dan menipu diri sendiri khasnye..camna nk maju..(aku berkata pada diri aku sendiri)..
yup..

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home