Friday, May 29, 2009

KERJA - KERJA PENGUBAHSUAIAN

KERJA - KERJA PENGUBAHSUAIAN

Aku akan mengubah suai blog ini sedikit masa lagi. Diharap semua peminat setia (kalo ada) dapat bersabar dan jangan lupa nantikan kemunculan semula aku..

SEMOGA ALLAH PILIH SAYA DAN TUAN2..

Jazakallah khairan kathira

Tuesday, December 18, 2007

demam

SEKALI DEMAM DAA...
Dh lama sebenarnye aku x demam btul2 ni.dulu2 masa dok serumah ngan aran ngan labu,aku selalu demam..demam kena racun ngan aran lg..soh temankan dia mc..pastu last2 dia kutuk aku makan gaji buta lak..cerempet btul..
tp tu dulu la..dh lama aku x buat camtu..tp bila demam di hari kerja ni cam best lak..blh online..blh tgk tv kat umah waktu siang..bleh tido kat dpn tv..blh jalan2 cr pasangan..haha..
kalo x hari2 kerja,kerja,kerja..mcm jibam tu..sampai bengong2 kawan tu asyik kerja je..siap terjerit2 dlm LRT crita duit juta2..walhal benda tu btul2 kejadian sbb dia yg uruskan suma duit2 Mitco tu..org lain yg dgr tu sure kata poyos gila mamat ni..crita duit juta2 tp pg kerja naik LRT..apa diorg tau..
Hari sabtu lepas aku pegi temankan member baik ku..dia bertunang..dpt org Bukit Kapar..member aku ni dok Shah Alam..so pg2 aku dh bgn dh..kol 8 lbh aku dh gosok gigi..pastu nk mandi tgk rambut aku dh kusut masai mcm sarang burung tempua daa..aku pn tampa berfikir panjang trus start kenderaan bergerak menghala ke sek 17 nk potong rambut.member aku kata kol 10 start..smpt lg ni..jam dh kol 9.sampai2 dh ada 3 org yg tgh tunggu turn..x pe la kata ku.tunggu jap la..tunggu punya tunggu kol 10.20 br siap ah so tu kerat rambut aku..kat luar tu ada pakcik jual nasi lemak la pulak..member aku yg dok kat 17 ni kata nasik lemak pakcik ni the best in shah alam..aku pn beli la sebungkus..pastu gerak..aku call membe yg nk tunang tu..dia kata dia dh sampai kat tol 40sen..pelik lak aku..kata kumpul kol 10..aku komfomkan blk..cehh..rupa2nye gerak kol 10.cinabeng..silap dengar lak.dia soh dtg gak.sempat lg ni katanya. dah la x mandi lg ni.
sampai umah je aku mandi,mkn nasik lemak pakai baju trus berdesup pg bukit kapar.sampai je umah blah pompuan, suma org dh kat dlm.dh la kol 12 br sampai.nk berenti ke tanak..nk berenti ke tanak..org yg nk tunang pn x lmbt cam ni.aku lak yg lebih2..utk mengelakkan malu aku trus je tanpa menoleh kiri dan kanan takut depa nmpk..alang2 dh sampai Bukit Kapar aku trus ke Umah Ihsan.dia ada kat kandang lak.cantek..melepak la ngan dia.tgh2 melepak tu abg ihsan mention pasal kwn aku tu tunang..dia nmpk ada khemah kat umah blah pompuan.aku pn apa lg.."erkk..erm..erk.." x bg tau hal yg sebenarnya.konon2 boring la sabtu x de aktiviti.si Ihsan ni dulu rapat ngan tunang kwn aku tu.cuma dia ni lmbt sgt..tembe'l org jawa kata.dh aku pulak serba salah..nasib baik ihsan ni cool je..pastu dia kluar naik moto..nk beli lauk mkn tgh hari katanya..kitorg tunggu la.sekali lama daa..mula la aku nk su'uzon. ni mesti ihsan mengamuk kat umah blah pompuan ni.sudah..
sblm ihsan pegi tu,dia sempat mandikan kambing2 peliharaannye..2 ekor kena mandi.seko tu jere'(jeram ikut telor kelate) ngan Rambo.Rambo ni kecik lg,umur br dlm 3 bulan.si Jere' ni pulak dh dekat 1 thn.jere ni dikalangan kambing2 ni kita macho la.rambut belah tengah tu.rambo ni pulak penerjun bebas sbb dh 2 kali dia terjun dr kandang tanpa menggunakan payung terjun.first time masa dia baru lahir.x tau camna, tau2 pagi tu dia dijumpai kat sebelah unggun api kat bwh kandang.sekali lg tu mmg saja nk praktis terjun bebas.dia lari2 pastu sampai ujung kandang trus terjun.jatuh kena hempap kereta sorong lak tu.dia cam pengsan skjp pastu tiba2 dia bgn lompat2 seolah2 x de benda yg berlaku..tu yg ihsan kata rambo ni gila sikit.pastu tah camna tah dua2 ekor tu kena kutu lak.sikit punya banyak lak tu.kena mandi la jwbnye..kambing x kambing,sapa soh kena kutu..tp ko penah tgk kambing makan tanah x?biasanya cacing ngan babi utan je yg mkn tanah kan.si Rambo tu mkn tanah jugak.tu yg aku ngan abg ihsan syak mak si rambo ni buat persetubuhan ngan babi hutan..hish..ngeri lak bunyi nye..tp tu la..pelik woo..
last2 sampai kol 5.30 aku kat umah ihsan.siap mkn tgh hari sblh kandang kambing.pastu tido2 kat wakaf kat sblh kandang kambing gak.sampai bdn aku nk bau kambing gak la.tunggu si Apai x sampai2 lak tu.aku sms dia kata nk dtg.pastu aku call rupa2nya dia kat shopping kompleks lak.aku rasa la sbb bunyi bising2.aku tny dia x nk bg tau la.mula la aku ngan ihsan su'uzon Apai pulak.ni mesti tgh curang ni.hahaha..owh..apai,aku dh jangka dh..dr kol 2.30 sampai kol 5 x sampai2..kantoi..cuma bukti je x de..mentang2 la br naik pangkat..gaji dh besar sket dr dulu.ko curang ye..akan ku cari bukti2 itu pai..hahaha..
haa..lupa lak nk bg tau,aku dh masukkan gambar Ajid kawin kat dlm album facebook aku. sila2 la tgk.
aku ji'kk lkfw9k..eh apsal ni..nape aku rasa cam makan dadah je ni..bbzz..
oo..aku demem rupanya..kena tidor di waktu siang ni.kwn2 yg lain tgh kerja..wahahaha..blh tido siang..blh tido jndjsoising,,...zzz
sori...

Labels: , , ,

Saturday, December 08, 2007

sibuk

BULAN INI AKU SIBUK!!...

YA..BULAN INI AKU SIBUK SEKALI..
SIBUK DGN KERJA PEJABAT KU..SIBUK DENGAN PERSIAPAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA YANG BAKAL TIBA..SIBUK DENGAN BERPINDAH KE RUMAH BARU DI KAMPUNG KU..DITAMBAH PULA DENGAN KENDURI ARWAH BAPAKU..DAN KENDURI AKIKAH ANAK BUAH KU..SIBUK DENGAN LATIHAN UNTUK PERSIAPAN MENYERTAI KEJOHANAN SUKAN..
YAA..AKU SIBUK SEKALI..
SIBUK MENCARI WANG YANG TIDAK PERNAH CUKUP..SEMAKIN BANYAK WANG YG AKU DPT SEMAKIN KURANG PULA RASANYA..SIBUK MENGURUSKAN KEHIDUPAN KU..SIBUK DENGAN URUSAN DUNIA KU..
YAA..AKU SIBUK SEKALI..
YA ALLAH..KAU BERIKANLAH AKU KESEMPATAN UNTUK HIDUP DENGAN BAROKAH MU..MOGA AKU DAPAT MENGERJAKAN SEGALA SURUHAN MU..MOGA AKU DAPAT MELAKSANAKAN SEMUA AMANAH MU..MOGA AKU DAPAT MENJAGA PERIBADI KU SEPERTI YG KAU MAHUKAN..SEMOGA AKU BISA MENJADI MANUSIA YG BERGUNA..
PERMUDAHKAN LA SEGALA URUSANKU YA ALLAH..

Saturday, October 27, 2007

Ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-50

Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-50
Akhirnya aku berjumpa juga dengan satu quote yg mempunyai satu makna kemerdekaan yg sama dgn falsafah kemerdekaan aku. Ya, hari merdeka Malaysia adalah pd 31hb Ogos dan sekarang pula adalah bulan oktober. Aku tidak memberikan komen aku mengenai falsafah kemerdekaan yg aku pegang selama ini. Dan ya aku agak terlambat untuk memberikan pendapat aku. Tp apakah erti kemerdekaan bg anda?
Pendapat aku rupanya dikongsi dengan Kak Yasmin Ahmad, pengarah Sepet,Gubra dan Mokhsin tu. Aku pn tidak sangka dia akan berfikiran sedemikian. Berikut adalah petikan wawancara Kak Yasmin(Y) dengan Ekky Imanjaya(E) yg disiarkan di website rumahfilem.org dan berikut butirannya

E: Negeri Anda, Malaysia, merayakan Kemerdekaan ke-50 pada 31 Agustus lalu?

Y: Saya tidak peduli. Saya bukan nasionalis. Peringatan lima puluh tahun tidak berarti apa-apa. Bendera juga tidak bermakna, hanya selembar kain. Saya harus jujur pada Anda. Yang bermakna adalah masyarakat di Malaysia. Saya selalu bermasalah dengan negara. Karena begitu ada istilah “ini Negara saya” maka akan digunakan dan menjadi alasan untuk melawan Negara lain. “Negara saya, Negara kamu”. Saya peduli dengan masyarakat. Kita adalah kutukan terburuk dunia, juga harapan terbesar dunia. Kita harus memilih menjadi apa kita kelak.

Anak muda sekarang dianggap buruk oleh orang tua. Saya malah sebaliknya, mengapresiasi generasi sekarang. Anak muda sekarang dituduh tidak menghargai perjuangan 1957, saya pikir ini bagus. Cukuplah generasi tua saja yang merasakan kesengsaraan masa itu. Mengapa generasi muda dipaksa merasakannya juga? Itu bukan tujuan kemerdekaan. Kalau anak muda melupakan perjuangan, itu bagus.

E: Karena mereka punya perjuangannya sendiri.

Y: Ya! Mereka lebih pintar, dan lebih bagus penampilannya. (Tertawa)

dan ya aku setuju dengan kata-kata Kak Yasmin itu. Sila baca wawancara yasmin
yg penting adalah erti merdeka dalam diri kamu..
merdeka!!merdeka!!
merdekakah malaysia?

Labels:

Tuesday, September 11, 2007

Post Ramadhan

POST RAMADHAN
Bersempena kehadiran Bulan Ramadhan al Mubarak yang menjelang tiba, saya Mohd Shahril bin Ismail ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan sekiranya ada tersalah silap,terkasar bahasa, termakan, terminum atau apa jua kesalahan yg pernah saya lakukan terhadap sesama insan sepanjang perkenalan kita sama ada secara sedar atau tidak.
Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan menambahkan lagi iman dan takwa kita kepadaNya, dan semoga kita diberi kekuatan untuk beribadah sebaiknya dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, dan semoga kita semua akan menjadi insan yang sempurna dari segala segi seperti yang telah dituntut oleh Nya.
Amin..

“Allahumma innaka afuwwun kareemun tuhib-bul af-wa fa-afo anni”

(O Allah, You are the One who grants pardon for sins, loves forgiving, so forgive me.)

Ps: Jgn lupa baca niat puasa sebulan ye..takut2 ehem2..

Labels:

Monday, August 20, 2007

AKHIRNYA..

AKHIRNYA..
Setelah berminggu-minggu berhempas pulas dengan kerja ofis yg datelinenya akhir bulan ini(ogos 2007) dan training ragbi utk menyertai kejohanan bertaraf 5 bintang, akhirnya aku mampu menarik nafas lega. Bukan kerana kerja ofisku habis ku siapkan dan bukan kerana aku menang game ragbi yg aku sertai tp kerana aku ingin relaks. Kehidupanku menjadi serabut kerana mind set aku serabut + sikap malas yg begitu sebati dgn org melayu. Ada banyak topic yg aku ingin perkatakan sebenarnya tetapi yg paling menarik hati aku ialah topic "namewee dgn negarakuku" nya. Aku sempat melihat videoklip nya yg disertakan dgn subtitle bahasa melayu sekali di youtube ttp lepas tu tah mana tah videoclip tu. Puas aku cr x jumpa2.huh..
Berbalik kepada namewee ni,pada pandangan aku, lagu negarakuku itu terhasil dr perasaan yg dihimpit. Terhimpit dengan ketidakadilan sistem dan kekurangan support, ditambah darah muda yg panas membuak2, lantas menjadikan seorang manusia itu menyalurkannya ke satu medium utk menyatakan pendapatnya secara bebas dgn menggunakan laman web(youtube) sebagai salurannya.
Seperti yg semua sedia maklum, golongan bukan bumiputra seperti cina dan India di negara ini mmg kurang mendapat keistimewaan dibandingkan dgn golongan bumiputra. Adakah anda sedar apakah punca berlakunya ketidaksamaan ini?.Bila ditanya apa puncanya? Aku berani jamin x ramai yg tahu kenapa,bila dan bagaimana? Setuju?
Pada aku ini semua berpunca dr sistem yg kita gunakan sejak dulu lagi,dan yg aku ingin perkatakan adalah mengenai sistem pendidikan,lebih spesifik lg iaitu buku teks sejarah(dasar pendidikan negara) yg menjadi sumber utama golongan rakyat marhaen memahami latarbelakang negara ini. Banyak kepincangan dan kekurangan yg aku perhatikan dr sistem buku teks ini dan ditambah dgn undang2 yg menyekat, nmpknya kita semua tidak akan tahu kisah2 wira lain yg menyumbang kepada kemerdekaan negara kita seperti Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam, kecuali yg diceritakan melalui buku teks sejarah itu sahaje..Ditambah kekurangan inisiatif mendapatkan bahan bacaan yg lain kenara minat membaca yg kurang, semakin sempit la ruang utk mendapatkan "another side" sesuatu peristiwa itu.
Contoh yg paling ketara pada aku ialah peristiwa 13 mei. Jika ditanya, apa yg kamu tahu tentang peristiwa 13 mei?, aku yakin ramai org akan bercerita mengikut tafsiran dan pemahaman PM kita yg pertama iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman sahaja. Itu pun pasal beliau menulis buku tentang peristiwa 13 mei tu dan buku tu tak kena gam. Kalo x haprak satu pn org malaysia ni tak tau peristiwa 13 mei tu apa. Apa sebenarnya peristiwa itu, puncanya, tempatnya, kronologinya dan yg paling penting sumbangannye yg menjadikan Malaysia ini Malaysia, sekarang. Bila kita tanya org tua2 pulak diorg asyik dok cerita apa yg diorg dengar,nmpk dan faham je. Sangat tidak membantu. Bila cakap pasal 13 Mei je mula la timbul rasa waswas "eh,boleh ke aku nk cerita benda ni". telahanku dulu2.
Lantas aku menjadi sangat ingin tahu tentang peristiwa 13 Mei ini dr perspektif yg lain. Jika difikirkan dgn logik, aku sedikit musykil tentang kronologi peristiwa ini seperti yg ditulis oleh bapa kemerdekaan kita itu. Bukan aku nk persoalkan kredibiliti beliau tp aku merasa masih kurang jelas dgn peristiwa yg menjadi titik tolak kepada NEGARA MALAYSIA kita ini, hari ini.
Tanpa ku sedari pabila aku masuk ke toko buku MPH minggu lalu, aku terserempak dgn senaskah buku yg bertajuk "MAY 13 : declassified documents on the malaysian riot of 1969" karya Dr Kua Kia Soong. Seperti sedang mengantuk di sarungkan bantal aku terus membeli buku tersebut tanpa menoleh kebelakang lg.heh..tp aku x sempat nk abihkan pembacaan ku lagi disebabkan otak aku yg serabut ini menyerabutkan lg kehidupanku. Aku nk baca buku ni dulu, nanti aku ulas dari sudut pemahaman aku ye..


*Heh..ni lg satu penyakit org melayu. Kuat bg alasan..ada je alasan nk menipu org dan menipu diri sendiri khasnye..camna nk maju..(aku berkata pada diri aku sendiri)..
yup..

Labels: , ,

Monday, July 30, 2007

Tak sedar diuntung..

Tak sedar di untung

Itulah ayat yang boleh aku tujukan kepada pakcik tukang kasut di seksyen 7 shah alam sebelah 7 eleven berdekatan restoran hakim lama. Sombong, berlagak, tua kutuk, x sedar diri.hish..mmg aku emosi. Tp itulah yg aku rasa selama 2 hari aku berurusan dengan org tua tu. Nk je aku mintak ic pakcik tu sbb dr pengamatan aku pakcik ni berasal dr indon dengan nada percakapan atau gaya nye,mana tau dia x de ic ke,passport ke, nk gertak la konon.hish..(jap..aku emosi lg)
Begini ceritanya:-
Pada hari sabtu lepas aku dengan opismet aku pegi sek 7 tu. Kawan aku tu nk cr spare part moto dia yg kena curik malam sebelumnye. Kebetulan aku bawak sandal aku dlm kereta. Mmg dh lama aku bercadang nk repair sandal aku tu. Bukan rosak sangat pn Cuma getah bawah nye dh tanggal dr badan sandal tu.sblm ni aku dh gam sendiri tp dh tanggal balik. Pastu asyik aku dtg nk repair kasut je port dia kosong.port dia kosong je aku dtg. Nyampah aku. Last2 kasut aku sblm ni aku anta kat sek 18 je.bagus pulak buatannye.korg anta la kat situ jgn anta kat pakcik tua kutuk ni.
Berbalik kpd cerita pakcik tu, mula2 aku dgn membe aku dtg je dia dh buat dek je ngan kitorg. Br Tanya “pakcik,blh tlg gam kan balik x sandal saya ni,” x abis ckp lg dia dh bangun pegi kedai sebelah beli air kotak. Pening aku, nk niaga ke x ni. Pastu dia dtg soh letak je kat dpn dia. X de nk belek2 ke, check ke dulu, dia buat dek balik.sambil bersiul2 lagu apa tah,tp kedengarannye cam lagu dangdut. Pastu ada student pompuan lalu elok je dia kaco2 bdk pompuan tu. padahal aku kat situ lagi termanggu2 konpius. Dlm hati aku “wah2 org tua ni, pompuan lalu blh lak ko tegur, aku ni ko buat bodo je ye. Aku pijak kepala ko kang baru ko tau.” Pastu dia buat bodo lg.hish..saba je la..
pakcik ni aku rasa umur dia dlm lewat 40an. Berperut boroi, berkumis dan berkulit gelap. Aku mmg syak pakcik ni indon ngan gaya bahasa dia. Pastu dia buat aku camtu mula la aku berfikir “kalo aku dtg ngan member penguatkuasa aku best ni. Pastu aku mintak lesen perniagaan dgn ic dia. Mesti dia x de lesen ni. Pastu blh aku rampas brg2 dia aku bakar dpn mata dia.”
Dipendekkan cerita aku dh malas nk pandang muka pakcik tu yg pada pandangan aku dah sama je dgn longkang x brapa jauh dr tpt dia duduk tu, aku pn tanya “agak2 bila blh siap ni pakcik?’, “petang kang siap” jawabnye dgn nada sombong x puas hati. "tu la,sapa srh masa skolah dulu x blaja pandai2.dh jd tukang kasut x puas hati lak",ujarku. aku dh x tahan terus aku blah dr situ sambil mencarut2 menggunakan suara yg agak kuat tp x brapa kuat dgn harapan dia dgr. Dlm hati “dia x sedar dia cari rezki dgn repair kasut org. kalo org x repair kasut kat dia x de duit la dia nk makan. Sombong pulak.” Pastu aku blah sambil menghisap rokok sbb marah. Kalo x marah x isap rokok nyela.hish..teringat je mula la aku emosi..
Disebabkan sibuk petang tu, aku datang balik port pakcik tu besoknye. Itu pn sebab aku nk pegi tanjung karang lalu situ. Aku sampai je aku tanya “pakcik, sandal saya dh siap?”. Dia jawab "yg mana satu" sambil pandang tempat lain. Aku pn mendescribe la bentuk sandal aku tu. Tgk2 masih dlm plastic beg yg aku bg dia semalam ngan x terusik apa2 lg. sentuh pn tidak. Hangin lg aku. Mula la aku mencarut2 dlm hati. Pastu pandai2 je dia main gam kat tpt tekopek je. Patutnye kenala kopek suma skali pastu buang gam2 yg lama. Aku tegur la dia. Pastu dia kata sandal aku tu dah kondem (dgn nada suruh buang je). Dlm hati “sandal tu aku beli mahal2,rm 150 tau. kulit lak tu. Dh 6 thn aku pakai x de rosak apa pn kecuali gam je dh tangal. Sedap mulut je org tua ni..dh keje ko repair kasut, ko repair la.bukan teruk mana pn”. nk je aku ambik sandal aku tu trus blah.tp aku x terpkir awl2 sbb terlalu hangin. Pastu dia nk gam x blh sbb x melekat. Gam lama tu buat gam br yg dia taruk x melekat. Bodo punya org. last2 dia kopek balik suma. Siap getah tu koyak lg. tambah lg aku hangin. Pastu dia blah pegi kedai sebelah beli power root. Hanginnye aku. Dh la aku janji ngan ajid nk pegi tanjung ni. Igt nk singgah nk ambik je kejap. Lambat la aku jdnye. Pastu tokey kedai sebelah tu keluar kedai jap,ambik udara. Dia boleh lak kata, “mau balik ka? Kasi tumpang saya la. mengantuk la,mau tidur.”. tambah aku bebulu. Dh siap gam tu sebelah sandal aku dia kemaskan balik. Sebelah main campak je depan aku. Kalo ikut kan hati mmg aku campak je balik kat muka dia. Pastu dia letak plastic beg dpn aku. Apa dia igt aku ni pekerja dia? Kalo x sbb yassin recommend kan port ko ni x hingin aku dtg tau. terpaksala aku kutip sandal aku balik masukkan dlm bes plastic. Tu pn dia mintak rm2. aku dh hangin aku bg duit trus aku blah.
Byk lg yg aku nk tulis tp aku tgh hangin.sori..tp sapa pn yg ada kat tpt aku masa tu sure hangin la.

Moral of the story. Korg pk la sendiri. Aku tgh hangin. x blh berpk secara waras.hish..

p/s: aku nk tumbuk org.

Labels: