Thursday, June 01, 2006

commenting and trackback have been added to this blog.

Surat loteri?

Surat loteri


Kisah ini berlaku di sebuah rumah di tepi sebuah hutan tebal di Negara Entah Berantah. Terdapat sebuah rumah di sebuah kawasan yang di pagar dengan kemas. Disebelah rumah itu terdapat sebuah bangunan yang kelihatannya seperti kuil. Di depan kuil itu pula terdapat sebuah cerek gergasi. Pelik dan menarik sekali landskap yang dihasilkan oleh tuan rumah itu.

Rumah ini dimiliki oleh seorang tua yang di gelar Bapak Pan. Bapak Pan mempunyai pengikut yang ramai. Maka hendak dijadikan cerita pada suatu hari:-


Bapak Pan : “Aku telah bermimpi malam tadi. Di dalam mimpiku aku didatangi seorang bidadari dari kayangan. Tidak dapat dibayangkan kecantikan Sang Bidadari tapi aku semacam pernah melihat mukanya. Tapi dimana ya..(sambil teringatkan satu video yang dibintangi Devon yang dilihatnya sebelum tidur malam tadi) Bidadari itu sungguh baik kepadaku mungkin kerana muka ku yang hensem ataupun kerana aku seorang yang warak dan berpengalaman luas. Bidadari itu sempat berpesan kepada ku sebelum aku dibawa ke sebuah tempat gelap dan ..entah aku pun tidak ingat apa yang berlaku selepas itu..(hehe..)”

..terdiam seketika

“Selepas itu bapak”, ujar seorang pengikutnya yang berambut tidak kalah seperti kumpulan Glay yang tidak sabar hendak mendengar cerita selanjutnya..

“Setelah aku bangun dari tidurku, aku mendapati terdapat sekeping nota di sebelah ku..Didalam nota itu terdapat banyak pengajaran dan nasihat yang wajib kamu ikuti wahai pengikut ku”,sambung Bapak Pan lagi.. “Barang siapa mendapat nota ini hendaklah menyalinnya sebanyak 5 salinan dan diedarkan kepada sahabat2 ataupun saudara mara. Nescaya kamu akan mendapat rezeki yang melimpah ruah selepas itu.. Barang siapa yang meninggalkannya atau tidak mengambil endah maka tunggu lah musibah yang akan menimpa kamu”, ulas Bapak Pan bersungguh2. “Aku telahpun membuka sebuah kedai fotostat untuk memudahkan kamu semua. Sesiapa yang menyalinnya menggunakan mesin fotostatku maka akan lebih cepatlah iya mendapat rezeki itu..”tambah Bapak Pan lagi..

“Bagi saya Bapak!!..bagi saya!!...”

Maka menjadi riuh rendah lah rumah itu oleh suara pengikut2 Bapak Pan yang berebut2 mahu mendapatkan salinan itu. Bapak Pan pula gembira tak terkata kerana perniagaan yang baru dimulakannya akan mendapat untung berlipat kali ganda..

Setelah sebulan..

Seorang pemuda bernama Ajib mendapat satu salinan surat berkenaan. Lalu Ajib membaca surat berkenaan untuk mengetahui isi kandungannya. Ajib tertarik dengan isi kandungan surat itu di tambah testimony oleh Bapak Pan yang mengatakan dia mendapat untung besar setelah menyalin dan mengedarkan surat itu. Ajib lantas membuat seperti apa yang diarahkan oleh surat itu dan menunggu rezeki yang bakal diperolehinya..


APA BANGANG KE KORANG NI..MANA ADA SURAT YANG BOLEH BAGI REZEKI..