Monday, July 16, 2007

Rokok!!..x nk lah..

Rokok!!..x nk lah..

Sesungguhnya aku ini sangat la pelupa orgnya.hampir semua kenangan di sekolah tidak dpt aku ingati lg.mungkin tabiat buruk ku menghisap rokok telah menjadikan aku hilang ingatan.tetapi aku masih igt lagi waktu durjana itu.semasa aku berusia 13 thn aku mula diperkenalkan kepada rokok.Bukit malawati kuala selangor menjadi saksi detik kerosakan seorg lg remaja melayu ketika itu.atas rayuan sepupu aku yg aku gelar boy sampai kini,aku menghisap rokok buat kali pertama.rokok pertama ku hisap adalah gudang garam.itupn kami curi dr bapa boy.aku rasa kalo aku geledah betul2 mungkin aku dpt jumpa lg baki rokok pertama ku itu kerana aku menyimpannya di tempat yg paling stategik.sejak itu aku mula menghisap rokok secara aktif.modal yg aku selalu pakai utk keluar menghisap rokok ialah sembahyang jemaah maghrib dan isyaq setiap hari.mula2 aku mencuri rokok ayah boy tp lama kelamaan aku mula membeli sendiri.aku sanggup menyimpan duit upah yg emak aku berikan kerana ke kedai semata2 mahu membeli rokok.sudah beribu2 duit aku habiskan utk rokok.walaupun kadang kala aku menderita sakit tekak yg berpanjangan namun pabila tekak ku pulih aku menghisap rokok semula.sudah berpuluh kali aku berikhtiar utk berhenti merokok tp aku gagal.bantulah aku utk berhenti merokok.kepada mereka yg teringin menjadi atau mencuba rokok.aku sarankan supaya kalian hentikan sahaja niat kalian itu.sekali kamu mencuba buruk padahnya.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home